Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

PARTI DADAH

14 Disember 2011
Parti dadah: Ibu bawa anak lelaki berusia 8 tahun turut ditahan
MELAKA 13 Dis. - Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia 8 tahun ditahan polis dalam satu
serbuan parti dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini awal pagi ini.
Wanita berusia 29 tahun itu adalah antara 28 individu yang ditahan dalam serbuan 'Ops Pusat
Hiburan' pada pukul 2.45 pagi.
Enam daripada mereka berusia di bawah umur dan kesemua mereka yang ditahan berusia antara 13
hingga 29 tahun.
Sumber polis berkata, ketika serbuan di bilik karaoke itu dilakukan, semua remaja terbabit sedang
meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka dengan mengadakan parti dadah.
"Polis menahan kesemua mereka setelah menemui pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ekstasi,
ketamin dan Eramin 5 yang berselerakan di dalam sebuah dulang.
"Hasil pemeriksaan lanjut, ada di antara mereka memiliki dadah yang ditemui di dalam beg tangan,"
katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supritendan Md. Azmi
Othman berkata, daripada 28 yang ditahan itu, 13 didapati positif dadah jenis syabu dan ekstasi.
"Wanita berusia 29 tahun yang membawa anak lelakinya itu juga didapati positif mengambil dadah,"
katanya ketika dihubungi di sini.
Md. Azmi berkata, kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan
Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan