Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

22 November 2011
60 pelajar sertai konvoi kesedaran dadah
Peserta Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran
Agensi Anti Dadah Kebangsaan bergambar kenangan di Benut, Pontian, kelmarin.
PONTIAN 21 Nov. - Seramai 60 pelajar yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) menyertai Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) Pontian dari Taman Megah ke Kampung Parit Kerimon, Benut di sini semalam.
Wakil Pegawai AADK Pontian, Faridah Sukri berkata, program itu merupakan antara pendekatan yang
diambil pihaknya untuk mendekati golongan muda selain memberi kesedaran mengenai bahaya dadah
dan menjauhi musuh nombor satu itu.
Menurutnya, sepanjang perjalanan kira-kira 30 kilometer, para peserta turut mengedarkan risalah
kepada orang ramai tentang bahaya penagihan dadah yang masih menjadi ancaman kepada masyarakat
di negara ini serta menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di Pekan
Sanglang."Sebagai golongan muda, mereka merupakan harapan negara dan tidak seharusnya mensia-siakan
peluang diberikan untuk belajar seterusnya menjadi generasi yang berguna kepada negara," katanya
pada majlis makan tengah hari meraikan peserta program bersama penduduk Kampung Parit Kerimon.
Faridah berkata, sempena cuti persekolahan ini, diharap golongan remaja dapat mengisi masa lapang
dengan kegiatan yang berfaedah serta menyertai aktiviti yang mampu memupuk jati diri.
"Pada minggu lalu, AADK turut mendekati golongan belia dengan mengadakan program bersama
masyarakat di Kampung Parit Abas bersama pemilik motosikal 'scrambler'," katanya.
Sementara itu, ketua konvoi, Mohd. Firdaus Othman, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Dato' Ali Haji Ahmad berkata, program itu memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai bahaya
penagihan dadah kepada peserta dan orang ramai.
"Saya berharap penganjuran konvoi berbasikal seperti ini dapat diperbanyakkan memandangkan
sambutan yang menggalakkan daripada peminat aktiviti ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan