Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

KERANA DADAH...

Dadah: Pengusaha dobi ke tali gantung
28 Disember 2011
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 27 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pengusaha kedai dobi
selepas didapati bersalah mengedar 1,059 gram kanabis, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman
itu ke atas Md. Nazli Sahid, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan
berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Md. Nazli yang memiliki sebuah perniagaan dobi di Bukit Mertajam,
Pulau Pinang didapati melakukan perbuatan tersebut di halaman
rumah No. 33, Taman Sri Hartamas, Mergong di sini kira-kira pukul 10
malam, 24 Disember 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya
1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang
memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Md. Nazli yang merupakan bapa kepada seorang anak dilihat
menundukkan kepala ketika hukuman dijatuhkan.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam, J. Martin.
Md. Nazli Sahid dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar,
semalam setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
atas kesalahan mengedar dadah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan