Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 25 Februari 2012

www.adk.gov.my
22 November 2011
60 pelajar sertai konvoi kesedaran dadah
Peserta Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran
Agensi Anti Dadah Kebangsaan bergambar kenangan di Benut, Pontian, kelmarin.
PONTIAN 21 Nov. - Seramai 60 pelajar yang sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) menyertai Konvoi Kemanusiaan Remaja Berbasikal 'Fixie' anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK) Pontian dari Taman Megah ke Kampung Parit Kerimon, Benut di sini semalam.
Wakil Pegawai AADK Pontian, Faridah Sukri berkata, program itu merupakan antara pendekatan yang
diambil pihaknya untuk mendekati golongan muda selain memberi kesedaran mengenai bahaya dadah
dan menjauhi musuh nombor satu itu.
Menurutnya, sepanjang perjalanan kira-kira 30 kilometer, para peserta turut mengedarkan risalah
kepada orang ramai tentang bahaya penagihan dadah yang masih menjadi ancaman kepada masyarakat
di negara ini serta menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan di Pekan
Sanglang."Sebagai golongan muda, mereka merupakan harapan negara dan tidak seharusnya mensia-siakan
peluang diberikan untuk belajar seterusnya menjadi generasi yang berguna kepada negara," katanya
pada majlis makan tengah hari meraikan peserta program bersama penduduk Kampung Parit Kerimon.
Faridah berkata, sempena cuti persekolahan ini, diharap golongan remaja dapat mengisi masa lapang
dengan kegiatan yang berfaedah serta menyertai aktiviti yang mampu memupuk jati diri.
"Pada minggu lalu, AADK turut mendekati golongan belia dengan mengadakan program bersama
masyarakat di Kampung Parit Abas bersama pemilik motosikal 'scrambler'," katanya.
Sementara itu, ketua konvoi, Mohd. Firdaus Othman, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Dato' Ali Haji Ahmad berkata, program itu memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai bahaya
penagihan dadah kepada peserta dan orang ramai.
"Saya berharap penganjuran konvoi berbasikal seperti ini dapat diperbanyakkan memandangkan
sambutan yang menggalakkan daripada peminat aktiviti ini," katanya.

PARTI DADAH

14 Disember 2011
Parti dadah: Ibu bawa anak lelaki berusia 8 tahun turut ditahan
MELAKA 13 Dis. - Seorang ibu bersama anak lelakinya berusia 8 tahun ditahan polis dalam satu
serbuan parti dadah di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini awal pagi ini.
Wanita berusia 29 tahun itu adalah antara 28 individu yang ditahan dalam serbuan 'Ops Pusat
Hiburan' pada pukul 2.45 pagi.
Enam daripada mereka berusia di bawah umur dan kesemua mereka yang ditahan berusia antara 13
hingga 29 tahun.
Sumber polis berkata, ketika serbuan di bilik karaoke itu dilakukan, semua remaja terbabit sedang
meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka dengan mengadakan parti dadah.
"Polis menahan kesemua mereka setelah menemui pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ekstasi,
ketamin dan Eramin 5 yang berselerakan di dalam sebuah dulang.
"Hasil pemeriksaan lanjut, ada di antara mereka memiliki dadah yang ditemui di dalam beg tangan,"
katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supritendan Md. Azmi
Othman berkata, daripada 28 yang ditahan itu, 13 didapati positif dadah jenis syabu dan ekstasi.
"Wanita berusia 29 tahun yang membawa anak lelakinya itu juga didapati positif mengambil dadah,"
katanya ketika dihubungi di sini.
Md. Azmi berkata, kesemua mereka kini disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan
Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998).

Dua beranak ditahan miliki 3.6kg syabu

21/12/2011
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
IPOH – Polis yakin telah menumpaskan satu sindiket pengedaran syabu dengan kejayaan merampas
sebanyak 3.64 kilogram (kg) dadah itu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Ampang di
sini Khamis lalu.
Syabu yang sudah siap diproses itu ditemui dalam beberapa bungkusan besar yang dibalut dengan
kertas dan disorokkan di dalam rumah yang didiami seorang lelaki dan ibunya yang berusia 73 tahun.
Ekoran itu, lelaki berumur 43 tahun itu serta ibunya telah diberkas dan hasil pemeriksaan lanjut, polis
merampas wang tunai termasuk simpanan bank suspek yang berjumlah RM205,000.

KERANA DADAH...

Dadah: Pengusaha dobi ke tali gantung
28 Disember 2011
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 27 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan
hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pengusaha kedai dobi
selepas didapati bersalah mengedar 1,059 gram kanabis, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim menjatuhkan hukuman
itu ke atas Md. Nazli Sahid, 39, selepas mendapati pihak pendakwaan
berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Md. Nazli yang memiliki sebuah perniagaan dobi di Bukit Mertajam,
Pulau Pinang didapati melakukan perbuatan tersebut di halaman
rumah No. 33, Taman Sri Hartamas, Mergong di sini kira-kira pukul 10
malam, 24 Disember 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya
1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang
memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Md. Nazli yang merupakan bapa kepada seorang anak dilihat
menundukkan kepala ketika hukuman dijatuhkan.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Negeri, Datuk Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam, J. Martin.
Md. Nazli Sahid dibawa keluar dari Mahkamah Alor Setar,
semalam setelah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati
atas kesalahan mengedar dadah.

KERANA DADAH...

30 Disember 2011
Dadah, ponteng: 8 pegawai bomba dibuang kerja
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Lapan pegawai bomba di negeri ini dibuang kerja kerana kesalahan
tatatertib setelah terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan ponteng tugas.
Empat daripada mereka dibuang kerja dalam tempoh 11 bulan tahun ini manakala empat lagi sedang
dalam proses dikenakan tindakan serupa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Md. Salleh Sarbini memberitahu, kesemua
pegawai lelaki itu berusia lingkungan 30-an dan ada di antara mereka didapati ponteng kerja selama
setahun.
Beliau memberitahu, pembabitan pegawai berkenaan dengan dadah mendorong mereka tidak hadir
bertugas selain melakukan kesalahan lain seperti kecuaian dan sebagainya.
"Mulanya, mereka ini terlibat dengan dadah yang kemudiannya menyebabkan mereka tidak datang
bertugas, ada yang sampai setahun tak datang kerja.
"Mengikut peraturan, kalau dua hari tak datang kerja, anggota atau pegawai dikehendaki buat
laporan, tapi dalam kes ini (buang kerja)," katanya selepas majlis Perhimpunan bulanan Jabatan
Bomba dan Penyelamat Terengganu, di sini hari ini.
Beliau memberi amaran jabatan tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana
anggota atau pegawai yang terbabit dalam sebarang kegiatan negatif khususnya jenayah sehingga
menjejaskan imej pasukan itu.
Menurutnya, seluruh warga bomba sepatutnya berusaha meningkatkan prestasi demi masa depan
lebih cemerlang sekali gus menghindari daripada terjerumus dalam gejala tidak sihat.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau menarik perhatian dalam tempoh Januari hingga November lalu,
statistik kebakaran mencatatkan penurunan iaitu 780 kes di negeri ini tahun ini berbanding 1,027 kes
dalam tempoh sama tahun lalu.
"Bagaimanapun jumlah kerugian (akibat kebakaran) meningkat iaitu RM21.7 juta tahun ini berbanding
RM13.2 juta tahun lalu," tambahnya.

Poster Anti Dadad

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

PERUTUSAN Y. BHG. DATO' SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 19 FEBRUARI 2012

PERUTUSAN
Y. BHG. DATO' SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEMPENA
HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
19 FEBRUARI 2012
________________________________________________
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,  Selamat Sejahtera
dan Salam 1Malaysia.
1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah
kurnia-Nya maka dapat kita  berhimpun bagi mengadakan
sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan. Pada setiap
tahun, tanggal 19 Februari, kita akan mengadakan sambutan
ini bertujuan menunjukkan bahawa kita masih komited untuk
meneruskan usaha  memerangi gejala dadah daripada terus
berleluasa. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini
perlu  diteruskan  bagi memastikan