Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 12 Julai 2012
Penyelidikan UKM Mendapati Ramai Remaja Ingin Berhenti Merokok Tetapi Gagal
Rabu, 08 Disember 2010 16:34
Oleh Abdul Ghani Nasir
BANGI, 8 Dis. 2010 – Satu penyelidikan kualitatif pakar perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) mengenai tabiat menghisap rokok di kalangan remaja mendapati ramai
daripada mereka cuba berhenti sehingga empat kali namun semua percubaan mereka itu
gagal.
Dr. Hizlinda Tohid, pensyarah dan pakar perubatan keluarga, di Jabatan Perubatan Keluarga,
Pusat Perubatan UKM, Cheras berkata hasil penyelidikan itu adalah selaras dengan kajian lain
yang mendapati 78 peratus remaja yang berhenti merokok berbalik semula kepada tabiat itu
enam bulan kemudian.
“Kebanyakan daripada mereka bergantung pada semangat untuk berhenti merokok tetapi jelas
kadar kembali merokok yang tinggi itu menunjukkan strategi yang lebih berkesan perlu
dirancang dan dilaksanakan,” katanya.
Satu kajian (Pemantauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006) menunjukkan 8.7%
perokok semasa adalah remaja. Dalam pada itu kajian-kajian lain yang dijalankan disini antara
2000 hingga 2007 menunjukkan antara 30 hingga 37 peratus perokok adalah remaja, suatu
peratusan yang lebih tinggi, manakala pada 1986 didapati 16.9 peratus dari perokok adalah
remaja dan meningkat kepada 18.2 peratus pada 1999.
Hakikatnya ramai yang tahu akan bahaya menghisap rokok - ada kira-kira 4,000 bahan kimia
dalam asap rokok termasuk racun dan 40 kimia menjadi punca barah tetapi pengetahuan itu
tidak berkesan sebagaimana juga kira-kira satu daripada setiap lima kematian di negara ini
adalah kerana merokok.
“Namun remaja kita sering suka bereksperimen dengan merokok, mengambil dadah dan
minuman keras. Malah ada yang mula merokok ketika masih baru berumur antara 12-14
tahun,” katanya.
Penyelidikan dijalankan oleh Dr Hizlinda itu tertumpu kepada keberkesanan strategi untuk
menghentikan merokok dan halangan kepada usaha itu khususnya di kalangan remaja.
Beliau menjalankan penyelidikan itu sebagai disertasi yang dikemukakan untuk memenuhi
sebahagian daripada syarat memperoleh ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) UKM
pada 2009.
1 / 3
Penyelidikan UKM Mendapati Ramai Remaja Ingin Berhenti Merokok Tetapi Gagal
Rabu, 08 Disember 2010 16:34
Dr Hizlinda membuat kesimpulan bahawa berdasarkan penyelidikan beliau jelas usaha untuk
menghentikan tabiat merokok di kalangan remaja kita adalah satu proses yang kompleks.
“Bukanlah mudah untuk berhenti daripada merokok dan kekal menghindarinya kerana
ketagihan kepada nikotin di dalamnya. Ia adalah sama ketagihannya seperti kokain dan heroin
apatah lagi menghisap rokok adalah sejenis dadah pelepas gian,” katanya.
Dalam penyelidikannya, beliau mengkaji persepsi 40 orang peserta terdiri daripada 24 remaja
(perokok, bekas perokok dan belia tidak pernah merokok), lapan orang guru dan lapan orang
doktor mengenai strategi berhenti merokok yang dijalankan kini.
Dr. Hizlinda mengumpulkan data-data melalui pertanyaan, lima temu ramah berkumpulan dan
empat temu ramah mendalam.
Hasil temu ramah itu kemudian dianalisis dengan penyelidikannya itu menggunakan Teori
Kognitif Sosial sebagai kerangka teorinya.
Pada amnya, sebilangan remaja terlibat, guru sekolah dan juga doktor yang ditanya mengenai
punca kegagalan itu memberikan pelbagai halangan yang dapat dibahagikan kepada tiga
kategori.
Pertama faktor kelakuan iaitu yang berkaitan dengan ketagihan nikotin dan psikososial
pergantungan kepada rokok. Kedua faktor persekitaran yang berkaitan dengan para remaja
yang menggalakkan mereka untuk merokok dan faktor ketiga adalah peribadi remaja itu sendiri
yang menyebabkan mereka menjadi tegar untuk berhenti merokok.
Beliau menekankan menghisap rokok adalah satu tabiat membawa kepada ketagihan,
merosakkan dan berbahaya. Sebenarnya ia adalah suatu penyebab kematian dan kemudaratan
yang boleh dielakkan.
Walaupun begitu banyak penyelidikan menunjukkan hakikat merokok masih diamali dan
dianggap sebagai satu perbuatan diterima masyarakat.
Kebanyakan perokok sedar akan kesan membahayakannya tetapi mengetahuinya saja jelas
tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan dalam kempen menghentikan tabiat itu.
Penyelidikan dan strategi kempen anti-merokok ditumpukan kepada mencegah dan
menghentikan merokok di kalangan dewasa dan bukannya remaja.
“Oleh itu lebih banyak penyelidikan inovatif demi menghentikan tabiat merokok di kalangan
remaja diperlukan untuk memastikan keberkesanan strategi dijalankan,” katanya.
Sebab lain untuk menghentikan merokok ialah menjimatkan wang, kemerosotan dalam prestasi
kesukanan atau lakonan, penolakan kumpulan sebaya, keluar dengan pasangan bukan
perokok, larangan ibu bapa dan melihat orang lain yang diserang penyakit berpunca daripada
merokok.
2 / 3
Penyelidikan UKM Mendapati Ramai Remaja Ingin Berhenti Merokok Tetapi Gagal
Rabu, 08 Disember 2010 16:34
Remaja perempuan pula memberi alasan penolakan oleh teman lelaki, orientasi masa depan
dan larangan ibu bapa. Dr Hizlinda mendapati semua remaja terlibat mendakwa mereka tidak
pernah menerima sebarang bantuan profesional ketika berusaha berhenti merokok.
Kebanyakan daripada mereka juga berkata mereka mendapatkan nasihat rakan-rakan
mengenai cara berhenti merokok dan di antara cara biasa dicuba adalah meminum banyak air,
mengunyah chewing gum dan makan gula-gula.
Dr. Hizlinda mengemukakan satu senarai cadangan berupa strategi menyeluruh dan holistik
dalam usaha menghentikan tabiat merokok di kalangan remaja untuk menjamin kejayaannya.
Dr. Hizlinda lulus ijazah Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di
Universiti Manchester, United Kingdom pada 2000 dan ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan
Keluarga) UKM, 2010.
Dr. Hizlinda adalah anggota Akademi Persatuan Pakar Perubatan Keluarga dan anggota
Persatuan Perubatan Malaysia.
Beliau boleh dihubungi di Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan UKM, Cheras telefon:
+603-91456119
3 / 3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan