Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

Ibu bapa perlu dicabar berhenti merokok



Khamis, 09 Disember 2010 14:40
Oleh Abdul Ghani Nasir
Foto oleh Kosmo
BANGI,  9 Dis. 2010 – Seorang Pakar perubatan keluarga UKM, berpendapat kempen untuk
membuat remaja berhenti merokok harus melibatkan ibubapa dimana mereka yang merokok
dicabar untuk berhenti supaya menjadi contoh terbaik kepada anak mereka.
Dr Hizlinda Tohid yang menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan  strategi berhenti
merokok dan halangan-halangan kepada usaha itu khususnya di kalangan remaja belasan
tahun mencadangkan mesej “Ibu bapa yang baik tidak merokok” perlu digembar-gemburkan.
Beberapa peserta yang mengambil bahagian dalam penyelidikannya itu menyarankan agar
klinik berhenti merokok ditubuhkan di sekolah dimana pelajar yang merokok diwajibkan
menjalani pemeriksaan perubatan sebagai langkah mendedahkan kesan buruk merokok
kepada mereka.
Manakala pelajar yang kena tangkap merokok dan digantung atau dibuang  sekolah
dikehendaki melibatkan diri dalam kegiatan seperti melakukan khidmat kemasyarakatan
termasuk menjaga pesakit yang sedang  menghadapi maut akibat penyakit berkaitan merokok
sebagai hukuman alternatif.
Beliau juga menyarankan pelajar terbabit seharusnya disyaratkan dihantar ke pusat pemulihan
yang menyediakan program berhenti merokok yang dirangka khas selain dari menjalani latihan
ala tentera.
Senarai  penuh langkah dan tindakan dicadangkan oleh Dr Hizlinda dalam usaha
menggalakkan remaja berhenti merokok, terkandung dalam saranan yang beliau kemukakan
bagi menjayakan kempen di masa hadapan.
Penyelidikannya itu adalah disertasinya yang dikemukakan untuk memenuhi sebahagian
daripada syarat memperoleh ijazah Sarjana Perubatan (Perubatan Keluarga) UKM pada 2009.
Dr Hizlinda mencadangkan agar ibu bapa diajar cara berhemah menyatakan bantahan mereka
terhadap anak-anak yang merokok. Ini ialah supaya pergaduhan antara ibu bapa dengan anak
dapat dielakkan supaya ia tidak pula mencetuskan kebencian dan membuat remaja
memberontak.
Masalah remaja yang merokok kerana hendak melepaskan diri daripada merasa tertekan juga
harus dihuraikan. Ini mungkin boleh ditanggani dengan menyediakan latihan tertentu kepada
mereka supaya mereka akan bertindak dengan lebih positif menyelesaikan sebarang tekanan
 1 / 3Ibu bapa perlu dicabar berhenti merokok
Khamis, 09 Disember 2010 14:40
yang mereka alami dan bukannya dengan merokok.
Serentak itu kegiatan yang membuka ruang untuk merokok haruslah dikekang dari mereka. Ini
boleh dicapai dengan membataskan majlis-majlis sosial yang mungkin menggalakkan mereka
merokok seperti konsert dan pesta dan menutup pusat di mana mereka suka lepak dan
berkeliaran.
Beliau juga mencadangkan program dengan menggunakan cara yang lebih berhemah dalam
semua strategi menghenti tabiat merokok dijalankan untuk mengatasi isu kepintaran, naluri ,
mencari sensasi dan suka memberontak dikalangan remaja.
Salah satu caranya adalah dengan memastikan bahawa jawatankuasa penganjur program
dilatih mengenai perkembangan jiwa remaja bagi membolehkan mereka memahami punca
remaja melibatkan diri dalam tabiat penuh risiko itu.
Mengenai cara-cara membaiki keseluruhan kefahaman strategi-strategi masa kini, Dr Hizlinda
mencadangkan langkah-langkah berikut:
Mencantumkan mesej-mesej sokongan (contohnya: mesej yang mendidik remaja mengenai
cara berhenti merokok secara berkesan dan bagaimana mendapatkan bantuan profesional)
dengan mesej risiko kesihatan dalam kempen yang sedang diadakan.
Mengiklankan beberapa mesej anti-merokok, termasuk keterangan mengenai risiko kesihatan,
sebab untuk berhenti, tipu-helah syarikat tembakau terhadap pengguna dan bantuan berhenti
merokok.
Meningkatkan iklan-iklan anti-merokok dan kegiatan kempen lain di tempat yang biasa
dikunjungi remaja (seperti sekolah, kemudahan kejiranan dan awam) melalui media massa
(seperti akhbar, televisyen, pawagam) dan kepada  setiap anggota masyarakat di seluruh
negara.
Meningkatkan kolaborasi semua pihak dengan sentiasa menyelaras kegiatan anti-merokok
untuk jangka masa yang panjang. Ini mungkin termasuk program kesihatan pendidikan,
program talian-bantuan, promosi, peraduan, pusat berhenti merokok, Hari Tidak Merokok/Tiada
Tembakau atau kegiatan lain. Setiap anggota masyarakat mungkin diwajibkan terlibat.
Melaksanakan program menyeluruh berdasarkan sekolah dalam melaksanakan kempen
berhenti merokok yang seharusnya termasuk usaha meningkatkan kesedaran dan
pengetahuan mengenainya, langkah intervensi sikap, klinik kesihatan di sekolah, dasar-dasar
sekolah menghalang tabiat merokok dan tindakan penguatkuasaan yang ditingkatkan.
Strategi lain yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk meningkatkan kesan mesej risiko
kesihatan termasuklah:
Mengaitkan risiko kesihatan kepada merokok kepada remaja dengan menunjukkan kesan
jangka pendek (contoh badan berbau busuk, gigi menjadi kuning) kepada kesihatan remaja,
 2 / 3Ibu bapa perlu dicabar berhenti merokok
Khamis, 09 Disember 2010 14:40
menunjukkan juga kesan jangka panjang merokok terhadap kesihatan.
Membuat iklan lebih menggoncang jiwa contohnya memaparkan kisah benar penderitaan akibat
sakit berkaitan merokok dan juga kisah pengalaman bekas perokok yang berusaha berhenti
merokok.
Menunjukkan kesan negatif asap rokok terhadap orang yang berada di sekitar perokok
termasuk ke atas wanita mengandung dan juga janin di dalam kandungan.
Melibatkan remaja dalam merancang dan melaksanakan kegiatan iklan dan kegiatan lain yang
lebih relevan, menarik dan program lebih berkesan.
Penyelidikan Dr Hizlinda juga mendedahkan peri pentingnya meningkatkan larangan merokok
di kalangan remaja dengan menimbangkan langkah berikut:
Mempergiatkan langkah penguatkuasaan, seperti menambahkan pemeriksaan ke atas kedai
menjual rokok bagi memastikan larangan dan peraturan dipatuhi sepenuhnya; memberi kuasa
penguatkuasaan kepada pertubuhan tempatan selain pegawai polis, pegawai kesihatan dan
kastam; menggalakkan penglibatan anggota lain dalam menguatkuasakan dasar
anti-tembakau.
Sebagai langkah berterusan cukai ke atas tembakau dinaikkan menjadikan remaja tidak
mampu membeli rokok.
Melaksanakan strategi berkesan untuk membanteras penyeludupan rokok.
Menghadkan jumlah kedai menjual rokok.
Membataskan jumlah rokok yang boleh dibeli oleh perokok dalam sesuatu jangka masa.
Mengawal harga paling rendah rokok.
Menimbang untuk membatalkan lesen jualan berikutan perbuatan penjual melanggar peraturan.
 
 3 / 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan