Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

Bahaya Merokok



Pengenalan
Terdapat 40 jenis penyakit yang di kaitkan dengan merokok iaitu penyakit jantung, kanser peparu, radang pernafasan, strok, paru-paru kembang, kerencatan bayi, keguguran, reput tulang (osteoporosis), kemandulan, ulser perut dan beberapa kanser lain. Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya menyebabkan penyakit kanser.Peratusan merokok haruslah dikurangkan kerana merokok akan menyebabkan jangka hayat seseorang perokok berkurangan. Satu daripada dua perokok akan mati lebih awal oleh kerana penyakit yang berkait dengan merokok. Merokok juga membunuh hampir 5,000 rakyat Malaysia setiap tahun.

Simptom
Kenapa merokok merbahaya? Apabila seseorang itu merokok, ia akan menyedut asap dan racun itu ke dalam saluran udara dan ke setiap bahagian paru-paru. Asap rokok amat berbahaya kerana ianya mengandungi lebih 4,000 racun berbahaya termasuk : × Tar - penyebab kanser × Nikotin - menyebabkan ketagihan, meningkatkan tekanan darah dan kolesterol × Karbon Monoksida - mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen dan menyebabkan sukar bernafas serta cepat letih × Bahan Iritasi - menyebabkan kejadian sesak nafas dan batuk yang kronik.

Kesan
Merokok boleh menyebabkan diri anda mengidap : · Penyakit jantung koronari · Kanser / Barah (terutama kanser paru-paru & mulut) · Tekanan darah tinggi · Angin ahmar (strok) · ‘Gastrik’ (perut) · Penyakit paru-paru kronik

Pencegahan
Petua 8 M untuk mengatasi keinginan merokok : 1. Melengahkan nyalaan api 2. Menarik nafas panjang 3. Minum air 4. Membuat sesuatu 5. Mengunyah sesuatu (elakkan yang manis) 6. Mandi dan basuh tangan 7. Melakukan senaman atau regangan 8. Memohon doa.

Gambar
bahaya_merokok2.gifbahaya_merokok3.gifbahaya_merokok4.jpgbahaya_merokok5.jpgbahaya_merokok6.jpg
bahaya_merokok7.jpgbahaya_merokok8.jpgbahaya_merokok9.jpgbahaya_merokok10.jpgbahaya_merokok11.jpgbahaya_merokok12.gif






Tiada ulasan:

Catat Ulasan