Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

PROGRAM ANTI DADAH/ HIV/INHALAN DAN ROKOK


PROGRAM  ANTI DADAH/  HIV/ INHALAN DAN  ROKOK
SMK PUCHONG PERDANA 2011

1.0              PENGENALAN
Gejala penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita. Masyarakat memandang isu ini sebagai isu yang amat serius dan perlu diberikan perhatian yang lebih. Ini kerana remaja sememangnya terkenal dengan sikap ingin mencuba sesuatu yang baru serta mudah dipengaruhi oleh desakan rakan-rakan sebaya. Ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan DADAH/ HIV/ INHALAN Dan ROKOK memudahkan lagi penularan gejala yang tidak sihat ini. Bagai isi dengan kuku, begitulah sinonimnya gejala penyalahgunaan dadah dengan HIV. Virus HIV boleh berjangkit dari satu individu kepada individu lain melalui perkongsian jarum yang serupa oleh individu yang telah dijangkiti virus HIV dengan individu lain semasa mengambil dadah. Sehubungan dengan itu, SMK Puchong Perdana berpendapat bahawa para pelajar perlu diberi lebih pendedahan tentang dadah dan HIV agar mereka tidak mudah terjebak ke dalam gejala yang tidak sihat ini. Hasrat yang murni ini boleh direalisasikan dengan terlaksananya Program Anti Dadah/ HIV/ INHALAN DAN ROKOK 2011 Peringkat Sekolah. Program tersebut akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti pameran, ceramah, tayangan video, pertandingan mengarang, pertandingan melukis dan sebagainya agar pelajar dapat mengenali dan memahami tentang virus HIV/ DADAH/ INHALAN DAN ROKOK serta bahaya penyalahgunaannya.
1.0               MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang bebas dari gejala penyalahgunaan Dadah dan Rokok dan Inhalan.

2.0              OBJEKTIF
2.1              Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang dadah/ rokok dan bahaya penyalahgunaan dadah/ rokok.
2.2              Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang bahaya  virus HIV.
2.3              Memberi kesedaran kepada pelajar tentang perkaitan penyalahgunaan dadah dan virus HIV.
2.4              Memupuk sikap pelajar agar menjauhi gejala penyalahgunaan dadah dan seterusnya virus HIV.
2.5              Menyebarkan maklumat tentang bahaya rokok dan kesannya kepada kesihatan.

3.0              PERLAKSANAAN
5.1       TARIKH       
                         11 April hingga 29 April 2011

5.2              TEMA                       
Banteras Dadah/ HIV/ INHALAN dan ROKOK


5.3              SASARAN    
Semua Warga SMKPP

5.4              ANJURAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Puchong Perdana

5.5              PROGRAM
5.5.1    Anti Dadah/  HIV/ INHALAN Dan ROKOK
5.5.2    Pameran Anti Dadah/ HIV INHALAN Dan ROKOK
5.5.3    Tayangan Video Anti Dadah dan Rokok
5.5.4    Pertandingan Mengarang Esei Anti Dadah
5.5.5    Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah
5.5.6    Kaunseling Berfokus Cara Berhenti Merokok
5.5.7    Pertandingan Folio Anti Dadah
5.5.8    Klinik Berhenti Merokok (Pusat Kesihatan Daerah)
5.5.9    Ceramah
            -           LPPKN
            -           AADK
            -           Jabatan Penjara
            -           IPD Subang Jaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan