Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"

MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat daripada sebarang ancaman najis dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang berkesan dalam memastikan murid bebas daripada pengaruh dadah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid, guru dan ibu bapa supaya menjauhi najis dadah bagi merealisasikan hasrat menjadikan sekolah bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2012.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
  •   Meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah   dalam kalangan murid,guru dan ibu bapa.
  •  Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dari sudut fizikal, emosi, mental dan rohani.
  •  Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
  •   Memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan terlibat dan badan bukan kerajaan berkaitan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan