Berkata 'Tidak' kepada Merokok
Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?
Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih.
Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?
- Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
- Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
- Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
- Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth."Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
- Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
- Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya dari pasukan jika saya merokok".
- Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati/perasaan orang lain.
Bagaimana anda bertegas diri?
- Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
- Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok.(contoh: merokok membahayakan kesihatan saya).
- Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.
Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?
- Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul. (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
- Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
- Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
- Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
- Ekspresi muka. Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
- Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.
Bagaimana mengatakan "Tidak"?
| Teknik | Contoh |
| "Tidak" yang mudah | "Tidak" atau "Tidak, terima kasih." |
| Beritahu yang benar | "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok" |
| Beri alasan | "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain." |
| Menukar subjek perbualan | Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain. "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?" |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan