Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 11 April 2012

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2012

Pengenalan

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita. Masyarakat memandang isu ini sebagai isu yang amat serius dan perlu diberikan perhatian. Ini kerana remaja sememangnya terkenal dengan sikap ingin mencuba sesuatu yang baru serta mudah dipengaruhi oleh desakan rakan-rakan sebaya. Ditambah pula dengan kurangnya pengetahuan tentang bahaya penyalahgunaan DADAH/ HIV/ INHALAN Dan ROKOK memudahkan lagi penularan gejala yang tidak sihat ini. Bagai isi dengan kuku, begitulah sinonimnya gejala penyalahgunaan dadah dengan HIV. Virus HIV boleh berjangkit dari satu individu kepada individu lain melalui perkongsian jarum yang sama anatar  individu yang telah dijangkiti virus HIV dengan individu lain.   Sehubungan dengan itu, SMK Puchong Perdana berpendapat bahawa para pelajar perlu diberikan pendedahan tentang bahaya dadah dan HIV agar mereka tidak mudah terjebak  dengan penyalahgunaan dadah. Hasrat yang murni ini boleh direalisasikan dengan terlaksananya Program ANTI DADAH/ HIV/ INHALAN DAN ROKOK 2012 Peringkat Sekolah. Program tersebut akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti pameran, ceramah, tayangan video, pertandingan mengarang, pertandingan melukis dan sebagainya agar pelajar dapat mengenali dan memahami tentang virus HIV/ DADAH/ INHALAN DAN ROKOK serta bahaya penyalahgunaannya

OBJEKTIF

ü  Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang dadah/ rokok dan bahaya penyalahgunaan dadah/ rokok.
ü  Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan tentang bahaya  virus HIV.
ü  Memberi kesedaran kepada pelajar tentang perkaitan penyalahgunaan dadah dan virus HIV.
ü  Memupuk sikap pelajar agar menjauhi  penyalahgunaan dadah dan seterusnya virus HIV.
ü  Menyebarkan maklumat tentang bahaya rokok dan kesannya kepada kesihatan.

AKTIVITI PPDa 2012

TARIKH
AKTIVITI
9 APRIL 2012
(ISNIN)
ü  DEMONTRASI ANJING PENGESAN  UNIT K9 BUKIT AMAN (SESI PETANG)
10 APRIL 2012
(SELASA)
ü  MAJLIS PERASMIAN
ü  DEMONTRASI ANJING PENGESAN UNIT K9 BUKIT AMAN (SESI PAGI)
ü  CERAMAH YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH (MASTER SAIFUL & KICK START ACADEMY)
ü  PAMERAN AADK  (BAS)
ü  TAYANGAN VIDEO
ü  KUIZ
12 APRIL 2012
(KHAMIS)
ü  PAMERAN AADK (PAGI & PETANG)
ü  CERAMAH LLPKN(PAGI  & PETANG)
ü  CERAMAH AADK (PAGI)
ü  TAYANGAN VIDEO
ü  PERTANDINGAN BUKU SKRAP
ü  KUIZ
13 APRIL
ü  CERAMAH KESIHATAN (PKD PETALING)
ü  PAMERAN KESIHATAN
ü  KUIZ
ü  PAMERAN POLIS TRAFIK
ü  CERAMAH POLIS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan