Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 12 Oktober 2011

Jamal Abdilah dan DADAH



Dua hari lepas, saya telah mendengar siaran Radio ERA pada waktu petang kelolaan Linda tokeh nasi ayam. Salah seorang pemanggil memarahi seorang artis pujaan saya iaitu Jamal Abdillah yang mengaku telah bersih dari najis dadah dan ingin kembali ke pangkuan masyarakat.

Pemanggil itu menyatakan bahawa beliau tidak percaya janji janji Jamal Abdillah kerana artis itu sudah acapkali memungkiri janji untuk meninggalkan dadah. Nampaknya pemanggil itu begitu emosional dan menghentam saudara Jamal di atas niatnya untuk kembali ke pangkuan masyarakat. Sekiranya saya menjadi Jamal, saya pasti agak stress mendengar ucapan pemanggil tersebut.

Dadah adalah musuh no. 1 rakyat Malaysia dan musuh no.1 bangsa melayu. Kenapa? Kerana penagih dadah lebih daripada 80% adalah terdiri daripada bangsa melayu... dan sebahagian besarnya adalah terdiri daripada kaum Adam. Ramai orang lelaki melayu yang masuk ke pusat pemulihan, penjara dan ke tali gantung angkara dadah durjana. Ini juga menyebabkan berlakunya polemik ke mana hilangnya kaum-kaum lelaki melayu di Malaysia.

Kenapa dadah amat sukar dibanteras? Ini adalah kerana dadah adalah sejenis bahan yang boleh menyebabkan penggunanya berada di dalam keadaan ketagihan fizikal dan psikologikal. Ketagihan dadah boleh dimaksudkan dengan penggunaan dadah secara kerap dan berlebihan sebagai satu cara untuk mencapai keseronokan dan lari daripada realiti.

Setelah lama digunakan, fizikal badan akan bergantung kepada bahan tersebut sehinggakan tanpa dadah badan akan mengalami "withdrawal symptoms". Ini adalah termasuk:-

  • Menggeletar
  • Loya dan muntah
  • Tidak boleh tidur
  • Tidak boleh menumpukan perhatian
  • Berpeluh
  • Risau
  • Jantung berdebar
Setelah mengalami masalah di atas, kebiasaannya penagih terpaksa mengambil kembali dadah untuk menghilangkan symptom ini. Begitu juga ketagihan psikologikal, fikiran akan terganggu dan "mengidam" atau "craving" terhadap najis dadah. Kekerapan mengambil dadah menjadikan akal penagih "belajar" bahawa mengambil dadah satu yang perlu untuk menghasilkan satu pertunjukan atau persembahan yang mengagumkan. Ilusi ini akan menjadikan mereka tidak yakin kepada kebolehan diri dan merendahkan semangat mereka.
Di samping itu, setiap kali diundang masalah. mereka akan mencari jalan keluar yang mudah iaitu dadah. Ini adalah kerana mereka tidak mendapat sokongan daripada keluarga dan sahabat. Tiada sokongan menjadikan mereka merasakan mereka berseorangan dan najis dadah adalah penyelesaian masalah mereka dengan pantas.
Jamal Abdillah adalah mangsa kepada perangkap dadah. Saya yakin sdr Jamal yang telah menagih selama 30 tahun sedar dan tahu bahawa dadah telah memakan sebahagian daripada dirinya. Beliau cuba lari dan setiap kali lari, dadah berjaya menangkap dan menyumbatnya semula ke dalam ketagihan. Itu adalah cabaran yang beliau lalui. Sekurang-kurangnya beliau sedar dan melawan, walaupun akhirnya beliau tewas juga.
Kepada mereka yang agak skeptikal dan mencerca Sdr Jamal di atas usahanya kembali ke pangkuan masyarakat, saya cuma ingin mencadangkan sesuatu yang lebih mudah.
Di sekeliling kita, terdapat ramai perokok. Ada yang merokok selama usia kita sendiri. Ayah kita, suami, adik, abang, nenek... Merokok bukan dadah... tetapi unsur yang ada pada rokok iaitu nikotin mampu menjadikan seseorang itu ketagih pada rokok...
Cuba sekali, kita kata kepada ayah kita yang sudah 40 tahun merokok...
"Ayah, rokok ni macam dadah jugak... ayah ni ketagih merokok... mulai pada hari ini ayah berhenti merokok, saya akan buang rokok yang ayah beli... ayah tak boleh merokok... Haraaamm...!!".
Cuba tengok apa akan terjadi kepada ayah anda.. berapa lama dia boleh tahan dengan sikap anda yang membuang rokoknya... entah-entah ada yang bermasam muka.. ada pulak yang tak mengaku anak... silap haribulan ada pulak yang lebam...
Begitulah tegarnya perokok.. bayangkan ia 20x ganda kepada penagih dadah. Saya tidak menyokong penagih dadah di sini.. cuma saya harap pembaca boleh faham betapa sukarnya penagih dadah untuk menukar tabiatnya. Berilah bantuan dan sokongan sedaya mampu.. cuma jangan mencerca dan perli seolah-olah usaha mereka itu sekadar bermain-main. Ini akan menghancurkan hati mereka dan membuatkan mereka mahu kembali ke keadaan asal...
"BELIA BENCI DADAH!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan